Wednesday, 13 January 2016

Jalan Menuju Kapten dan Chief Engineer

Salam dan selamat sejahtera....

Post kali nie pula aku nak bercerita macam mana nak menjadi kapten dan chief engineer dengan melalui jalan yang sedikit pantas... anda tidak memerlukan degree atau Phd untuk jadi kapten dan ketua jurutera di kapal... cukup la sekadar pengalaman dan pembelajaran yang khusus dalam bidang perkapalan

Di pendekkkan cerita anda mestilah memilih kursus Diploma Nauctical Study untuk kapten atau Diploma in Marine Engineering untuk ketua jurutera... Buat masa sekarang sudah banyak Institusi-institusi yang menawarkan kursus ini... tapi aku akan bercerita tentang Institusi yang paling lama yang sudah menawarkan kursus ini iaitu Politeknik Ungku Omar dan Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Selepas saja adik-adik lepas SPM cuba la mohon ke Politeknik dalam kursus Diploma Kejuruteraan Perkapalan. PUO hanya menyediakan kursus untuk engineering saja buat masa sekarang... belum ada lagi kursus Nautical Study..

Setahu aku PUO satu-satunya Institusi yang paling lengkap makmal dan infrastruktur untuk pembelajaran mengenai perkapalan nie.. entry lain aku akan cerita pasal PUO..

ALAM pula menyediakan kedua-dua kursus iaitu Diploma in Nautical Study (DNS) dan Diploma in Marine Engineering (DME).. Fasiliti di Alam bole dikatakan agak lengkap walau tak selengkap PUO.

So anda akan belajar selama 3 tahun 6 bulan... di mana anda belajar di institusi selama 2 tahun 6 bulan dan setahun melakukan latihan industry atau praktikal di kapal dan limbungan kapal (dockyard)

Aku akan bercerita tentang marine engineering dulu sebab aku didalam bidang nie..
Semasa praktikal di laut anda akan di beri pangkat kadet....di sini anda dapat menimba lebih banyak imu pengetahuan sebab didedahkan dengan situasi sebenar. selepas tamat latihan industry selama setahun anda akan pulang ke PUO dan meneruskan pembelajaran untuk setahun dan graduate diploma... sebelum anda boleh naik ke kapal untuk menjadi jurutera anda di kehendaki menduduki peperiksaan lisan di jabatan laut untuk mendapat sijil jurutera kelas 4 pelayaran tanpa batasan.. had-had pelayaran ni aku akan ceritakan di lain entry sebab banyak benda juga nak di huraikan...

Setelah lulus semua baru la anda dapat naik kapal dan menjadi seorang jurutera kelas  4... seterusnya anda akan mengumpulkan seatime selama 24 bulan untuk melayakkan anda menduduki peperiksaan kelas dua... sebelum anda boleh menduduki peperiksaan anda di kehendaki mengikuti kelas Chief and Second Engineer Combine... buat masa sekarang hanya Alam yang mengadakan kelas ini untuk unlimited trade voyage... kelas ini selama 6 bulan.. selepas itu baru la anda boleh menduduki peperiksaan lisan untuk kelas dua di jabatan laut...

Selepas 12 bulan anda belayar menggunakan title jurutera kelas dua anda boleh la menduduki peperiksaan lisan untuk pangkat ketua jurutera.. tiada sebarang kelas tambahan di perlukan untuk menduduki ujian lisan ini... hanya menggunakan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sudah ada dalam diri masing-masing... setelah lulus baru la anda bole menjadi chief engineer di atas kapal tanpa had pelayaran..

Begitu juga jalan yang perlu di tempuhi untuk menjadi kapten.. ia mungkin sedikit berbeza tetapi perjalanannya lebih kurang sama...
















19 comments:

  1. Assalmualaikum tuan..kalau dh ada degree mechanical engineering, bagaimana pula laluan untuk kerja di bidang perkapalan yea?

    ReplyDelete
  2. Assalmualaikum tuan..kalau dh ada degree mechanical engineering, bagaimana pula laluan untuk kerja di bidang perkapalan yea?

    ReplyDelete
  3. wsalam... semua course bole jadi pelaut.. tetapi untuk menjadi pegawai dan jurutera mestilah ada course marine...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Hrp tuan dpt reply sy pnya comment

      Delete
    2. Salam tuan. Hrp tuan dpt reply sy pnya comment

      Delete
  4. Salam tuan.. nk tnya lagi ni. Kalau saya kerja di kapal bermula dari bawah. Ada ke cara yg boleh sy capai untk jadi pegawai atau jurutera ?

    .. mksud saya jika saya kerja sbgai oiler(peringkat bawah), boleh ke untk sy mengikuti kursus untk mndapakn jawatan yg lebih baik? Atau pihak kapal menyediakn kursus untk kenaikan pngkat?

    .. harap tuan reply dan boleh guide saya bagaimana caranya untk menceburi bidang perkapalan ni. Sy baru tamat pengajian dlm bidang teknologi mekanikal alatan. Sy sngat berminat. Kalau tidak keberatan harap tuan boleh luangkn masa untk sy bertanyakn psal bidang ni melalui whtsapp..
    Wan 0179727303

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. maaf lambat reply.. sibuk sikit dengan kerja..

      bole tuan kalo nak mula dari bawah..

      mula2 just ambik safety course, pasport dan sebagainya untuk basic naik kapal... kemudian boleh la mohon kerja di syarikat perkapalan sebagai ordinary seaman atau general purpose.. selepas naik kapal selama 6 bulan boleh pergi jabatan laut untuk dapatkan COR untuk layak jadi oiler bahagian enjin dan AB untuk dek

      selepas belayar at least dua tahun seatime atau masa belayar boleh la pergi ke mana-mana pusat latihan yang menyediakan kelas untuk belajar dan ambik exam untuk kenaikan pangkat..

      Delete
    2. Terbaik boss dengan penjelasan boss ..

      Delete
  5. assalamualaikum nak tanya cam ne ye mcm saya skrg dlm diploma mechanical engineering so mcm mane nak masuk dlm bidang perkapalan ni dan kat manee tmpt kat malaysia ni ??

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Saya zero. Mna nk start p lajaq yg terbaik dgan cpat bole jd crew xpa dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik..ade laluan ..bole wsp sis..pusat training utk pelbagai industri..ade short course juga.011-16930576

      Delete
  7. We among the leading crew managers for offshore industry, providing services to Clients & Seafarers from all
    continents.We have vacancies for our Sea-Going and Shore Based Vacancies so you are advised to send complete Resume/CV Directly to our
    Offshore Recruiting Director
    Attention:
    Offshore Recruiting Director
    Email:offshoredepart@deltamarine-uk.com

    ReplyDelete
  8. Macam mana pulak kalau ad sujil je.. Kalau tak nak amik diploma???

    ReplyDelete
    Replies
    1. dikwsp akak 011-16930576.ade shortcourse utk bidg marine ni..tp kene tgok dlu cmne..

      Delete
    2. Assalamualaikum kak, sy lepasan diploma mechanical engineering skrng ad pengalaman as project engineer selama 2 tahun tpi sy berminat untuk join bidang perkapalan. Boleh bagi no whatsapp akak yg latest? Trima kasih

      Delete
  9. Mcm mn kalau budak lepasan kolej vokasional

    ReplyDelete
  10. We among the leading crew managers for offshore industry, providing services to Clients & Seafarers from all
    continents.
    CREW:CAPTAIN,ENGINEERING CREW AND DECK CREWS AVERAGE BASIC
    SALARY:4000.00GBP TO 18,000.00GBP
    We have vacancies for our Sea-Going and Shore Based Vacancies so you are advised to send complete Resume/CV to our
    Offshore Recruiting Director
    Mr.Joseph C. Fleming
    Offshore Recruiting Director
    Email: appraisalplacements@gmail.com or/and Email: offshoredepart@hotmail.com

    ReplyDelete
  11. Berminat nak masuk tapi macam mana ye

    ReplyDelete
  12. Bole tak saiya nk jdi Kapten tapi tnpa kelayakkan dan syarat syarat mcm prlukan diploma,degree,master..trus ikut kapal jdi pmbntu kapten dan belajar sikit² selok belok kapal...lagipun kapal² skrng dah canggih pakai gps,bkn smata mta pkai kompas utara,selatan,timur,barat dah...boleh tak..?? boleh la..

    ReplyDelete