Post kali nie pula aku nak bercerita macam mana nak menjadi kapten dan chief engineer dengan melalui jalan yang sedikit pantas... anda tidak memerlukan degree atau Phd untuk jadi kapten dan ketua jurutera di kapal... cukup la sekadar pengalaman dan pembelajaran yang khusus dalam bidang perkapalan
Di pendekkkan cerita anda mestilah memilih kursus Diploma Nauctical Study untuk kapten atau Diploma in Marine Engineering untuk ketua jurutera... Buat masa sekarang sudah banyak Institusi-institusi yang menawarkan kursus ini... tapi aku akan bercerita tentang Institusi yang paling lama yang sudah menawarkan kursus ini iaitu Politeknik Ungku Omar dan Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Setahu aku PUO satu-satunya Institusi yang paling lengkap makmal dan infrastruktur untuk pembelajaran mengenai perkapalan nie.. entry lain aku akan cerita pasal PUO..
ALAM pula menyediakan kedua-dua kursus iaitu Diploma in Nautical Study (DNS) dan Diploma in Marine Engineering (DME).. Fasiliti di Alam bole dikatakan agak lengkap walau tak selengkap PUO.
So anda akan belajar selama 3 tahun 6 bulan... di mana anda belajar di institusi selama 2 tahun 6 bulan dan setahun melakukan latihan industry atau praktikal di kapal dan limbungan kapal (dockyard)

Semasa praktikal di laut anda akan di beri pangkat kadet....di sini anda dapat menimba lebih banyak imu pengetahuan sebab didedahkan dengan situasi sebenar. selepas tamat latihan industry selama setahun anda akan pulang ke PUO dan meneruskan pembelajaran untuk setahun dan graduate diploma... sebelum anda boleh naik ke kapal untuk menjadi jurutera anda di kehendaki menduduki peperiksaan lisan di jabatan laut untuk mendapat sijil jurutera kelas 4 pelayaran tanpa batasan.. had-had pelayaran ni aku akan ceritakan di lain entry sebab banyak benda juga nak di huraikan...
Setelah lulus semua baru la anda dapat naik kapal dan menjadi seorang jurutera kelas 4... seterusnya anda akan mengumpulkan seatime selama 24 bulan untuk melayakkan anda menduduki peperiksaan kelas dua... sebelum anda boleh menduduki peperiksaan anda di kehendaki mengikuti kelas Chief and Second Engineer Combine... buat masa sekarang hanya Alam yang mengadakan kelas ini untuk unlimited trade voyage... kelas ini selama 6 bulan.. selepas itu baru la anda boleh menduduki peperiksaan lisan untuk kelas dua di jabatan laut...
Selepas 12 bulan anda belayar menggunakan title jurutera kelas dua anda boleh la menduduki peperiksaan lisan untuk pangkat ketua jurutera.. tiada sebarang kelas tambahan di perlukan untuk menduduki ujian lisan ini... hanya menggunakan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sudah ada dalam diri masing-masing... setelah lulus baru la anda bole menjadi chief engineer di atas kapal tanpa had pelayaran..
Begitu juga jalan yang perlu di tempuhi untuk menjadi kapten.. ia mungkin sedikit berbeza tetapi perjalanannya lebih kurang sama...